Wednesday, 22 June 2016

Tazkirah Nuzul Al-Quran SK Sungai Jerneh 2016

Pada 22 Jun 2016, Panitia Pendidikan Islam SKSJ telah mengadakan sebuah majlis tazkirah sempena sambutan Nuzul Al-Quran 2016. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Noorzairi bin Pain bertempat di Surau An-Naajihin SKSJ.

Ustaz Noorzairi menyampaikan tazkirah

Antara pengisian tazkirah tersebut adalah tentang kisah penurunan Al-Quran. Tazkirah yang menarik tersebut telah mencuit hati murid-murid dan guru-guru SKSJ yang hadir. Semoga majlis ini dapat menambah ilmu dan memberi iktibar kepada semua hadirin. Insya Allah.

Murid-murid khusyuk mendengar tazkirah




Tuesday, 21 June 2016

Selamat Datang ke Blog SK Sungai Jerneh

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Selamat datang ke blog rasmi SK Sungai Jerneh, Gemencheh, Negeri Sembilan.