Pada 22 Jun 2016, Panitia Pendidikan Islam SKSJ telah mengadakan sebuah majlis tazkirah sempena sambutan Nuzul Al-Quran 2016. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Noorzairi bin Pain bertempat di Surau An-Naajihin SKSJ.
Ustaz Noorzairi menyampaikan tazkirah
Antara pengisian tazkirah tersebut adalah tentang kisah penurunan Al-Quran. Tazkirah yang menarik tersebut telah mencuit hati murid-murid dan guru-guru SKSJ yang hadir. Semoga majlis ini dapat menambah ilmu dan memberi iktibar kepada semua hadirin. Insya Allah.
Murid-murid khusyuk mendengar tazkirah


No comments:
Post a Comment